Latihan 1
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai .
kita saya patik mereka -nya
saudari aku anda baginda awak
1. Jika diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti , _____________ tidak
akan melepaskannya.
2. "Marilah singgah di rumah ____________dulu ," kata Nina kepada Nina .
3. "Kita hendaklah sentiasa bercakap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada ______________," pesan Cikgu Chong kepada murid-muridnya.
4. "Adakah _______________akan pergi berlatih petang ini ?" tanya Aisyah kepada Kamal.
5. Saya akan menjemput _____________di stesen bas pada pagi Ahad ini .
6._________________ akan berangkat ke negeri Inderapura pada petang esok .
7. Cikgu Syukri menyuruh murid-muridnya memakai pakaian sukan kerana
________________hendak menjalankan latihan sukan .
8. "Boleh saya bantu _______________?" tanya jurujual itu kepada Fauziah .
9. Osman dan adik ______________ akan datang ke rumah kami sebentar lagi .
10." _______________ akan mula bergerak pada awal pagi esok, tuanku ,"sembah Bendahara
Tun Perak .
No comments:
Post a Comment