A. Gariskan kata nama am pada ayat di bawah:
Contoh: Kashim sedang membaca buku cerita .
1. Emak membeli sayur di pasar .
2. Jasmin menggunakan pisau untuk memotong kek itu.
3. Mimi sayang akan kucing yang comel itu .
4. Di manakah rumah abang kamu ?
5. Kalau hujan , saya tidak akan bermain bola di padang.
B. Gariskan kata nama khas pada ayat di bawah:
Contoh : Cikgu Tan mengajar kami bermain badminton.
1. Minunah ialah ketua kumpulan saya.
2. Pada minggu yang lalu , saya melawat ke Muzium Negara .
3 .Dr. Aiman bekerja di Hospital Pulau Pinang .
4. Kami makan di Restoran Nasi Kandar .
5. Cikgu Sulaiman mengajar di SJK (C ) Kwong Hwa.
C )Isi tempat kosong dengan kata nama yang sesuai di bawah :
wanita Kiki- Lala bunga raya kad jemputan setem kebun
sampan Proton Iswara Universiti Putra Malaysia komputer
1. ____________ merupakan bunga kebangsaan negara kita .
2. Ali membeli __________ di pejabat pos .
3. Pihak polis telah berjaya menangkap ______________ yang mencuri barang-barang
di pasar raya .
4. Ayahnya seorang pensyarah di _________________.
5. Encik Tan membeli kereta ________________ untuk isterinya.
6. Fatimah memakai kasut berjenama _________________.
7. Dia mengirimkan _______________kepada saya .
8. Pak Hashim mendayung ___________ di tasik itu .
9. Datuk menyiram sayur-sayuran di _____________nya setiap pagi.
10. Lai Jun membuat tugasannya dengan _______________.
No comments:
Post a Comment