Bahasa Melayu digolonngkan dalam bahasa Melayu - Polinesia yang telah bersejarah lama. Ia digunakan secara meluas di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam ,Filipina dan Singapura. Dalam dekad ini , perkembangan dan penggunaan Bahasa Melayu meningkat dengan pesatnya.Ini jelas dilihat berikutan dengan tertubuhnya "Sekretariat Melayu Antarabangsa" pada bulan Ogos 1996 di Malaysia. Kedudukan Bahasa Melayu semakin meningkat dan akan menuju ke arah universal,maka kepentingan dan potensi bahasa tidak harus diabaikan .
Kini , Bahasa Melayu merupakan bahasa yang ke -13 berdasarkan bilangan penggunanya . Di Australia, New Zealand , Belanda, Jepun ,Korea Selatan dan Utara ,Afrika Selatan ,China dan lain-lain lagi ,juga terdapat pakar-pakar bahasa yang menjalankan kajian secara khusus terhadap Bahasa Melayu dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang .
Bahasa Melayu memang telah digunakan oleh rakyat secara luas dalam bidang kebudayaan dan pendidikan. Kementerian Pendidikan juga telah menubuhkan "Jawatankuasa Penyelarasan Bahasa Kebangsaan" pada bulan April 1996 dengan tujuan memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dalam sektor awam, korporat dan swasta.Sementara itu , pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pula giat merancangkan segala strategi untuk menggalakkan sektor swasta menggunakan Bahasa Melayu seluas-luasnya . Tidak dapat dinafikan ,usaha dari satu pihak tidak akan berjaya dalam meningkatkan nilai Bahasa Melayu.
Jadi, CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN kita sebab BAHASA KITA INDAH !!Sama-sama kita berusaha dalam memartabatkan Bahasa Melayu ~ Bahasa Kebangsaan kita !!